Ahad, 23 Mei 2010

HADIAH BUAT MUSLIMAH


Hadiah Buat Muslimah

Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
HARGA : RM 30.00

HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.

ANAKKU HEBAT...ANAKKU SOLEH



Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Harga: RM34.90 (kulit nipis)
Harga: RM39.90 (kulit keras)

CAKAR HARIMAU


Cakar Harimau
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
HARGA : RM19.90

Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik "Cakar Harimau" dan "Urutan Labah-Labah" yang popular.

INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU


Indahnya Saat Bersama-Mu
Penulis : Zahazan Mohamed
HARGA : RM19.90

Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, "Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!"

3 BUKU PILIHAN


Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
HARGA : RM 55.00

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.




BUKU TERLARIS

Indahnya Hidup Bersyariat