Khamis, 21 Oktober 2010

Hidup Cemerlang Dengan Memberi : memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Memberi Lebih Gembira Daripada Menerima
Ramai org gagal dlm hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana UNTUK MENDAPATKAN sesuatu, berbanding bagaimana untuk MEMBERIKAN SESUATU. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi.

"Kita akan bertanya, bagaimana hal ini boleh terjadi? Bukankah dengan menerima kita akan mendapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan?"

Ya, itu hanya persepsi kita sahaja. Hakikat sebenarnya amat berbeza. Memberi bukan mengurangkan, bahkan akan menambah.

Sudah menjadi Sunnatullah, orang yang berjaya pada TAHAP BIASA-BIASA itu ialah orang membawa hanya dirinya seorang sahaja yang berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada TAHAP LUAR BIASA ialah orang yang membawa orang lain juga berjaya bersamanya. No man becomes rich unless he enriches others, tidak ada orang yang boleh menjadi kaya hingga dia mengayakan orang lain.

Hakikat ini bukan sahaja dilihat dari sudut material, malah dari sudut ilmu, iman dan takwa. Orang yang paling beriman, bertakwa, dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertakwa, beriman dan berilmu bersamanya!

Hakikat ini semacam sudah menjadi tradisi hidup para salafussoleh. Lihat sahaja Rasullah SAW, dikenali sebagai pemimpin yang berjaya, dimana di bawah didikan baginda lahir ramai pemimpin-pemimpin lain yang berjaya. Antaranya Sayidina Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan sebagainya.

Persoalannya, bagaimana hendak membawa orang lain berjaya bersama kita? Untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi. Kita mesti mamberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang disekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaikan.

PERCAYALAH, MEMBERI KEPADA ORANG LAIN SAMALAH SEPERTI MEMBERI KEPADA DIRI SENDIRI. TANGAN YANG MENGHULUR BUNGA MAWAR PASTI BERBAU HARUM.

Inilah sedikit dari ilmu yang boleh kita perolehi dari buku MUKMIN PROFESSIONAL-celik mata hati dari penulis Pahrol Mohamad Juoi

Dapat buku ini di www.stormreaders.net/azmaniah









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan